Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah
bukan sahaja tempat, bahkan ia juga adalah perkhidamatan, koleksi dan agen
perubahan. Ia merupakan pusat berkumpulnya ber bagai-bagai alat dan bahan media
pendidikan yang dikelaskan, dikatalogkan dan disusun atur bagi memudahkan
penggunakan. Ia juga adalah tempat untuk warga sekolah berkumpul, berunding,
memilih, merencana, menerbit dan menggunakan alat pengajaran demi meningkatkan
lagi proses pengajaran dan pembelajaran.PSS menyediakan kemudahan, serta
koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran(P&P) yang diurus secara
sistematis. Ia juga merupakan sebuah tempat bagi memperoleh, mengumpul dan
membina maklumat baru supaya dapat dimanfaatkan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pusat sumber sekolah (PSS) juga adalah suatu tempat yang
memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa seluruh kawasan sekolah. Ia adalah agensi
penting di sekolah, yang menyediakan pelbagai bahan, khidmat dan kemudahan
pengajaran dan pembelajaran. Pusat Sumber Sekolah juga berperanan maningkatkan
mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.PSS bukan tempat menyimpan bahan
atau maklumat lama supaya diwariskan kepada murid. Tegasnya PSS perlu
menyediakan maklumat perkhidmatan dan peluang bagi mengukuhkan kemahiran asas
dalam pembelajaran. PSS juga menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang
berpusat, mudah disebar dan digunakan oleh masyarakat sekolah. Ia juga sebuah
tempat pelbagai maklumat yang diurus secara sistematik, oleh kakitangan
terlatih. Ia bertujuan memberi perkhidmatan bagi meningkatkan mutu pengajaran
dan pembelajaran di sekolah.
Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan ini sudah tentu perlu mampu menarik minat warga sekolah kerana adanya ciri-ciri yang menarik minat mereka berkunjung ke pusat sumber sekolah. Ternyata kemudahan yang mencukupi merupakan ciri eksklusif pusat sumber yang menggamit kehadiran pelajar untuk datang dan pergi dan datang kembali ke pusat sumber sekolah Selain itu, PSS yang berkesan memilki berbagai aktiviti galakan penggunaan pusat sumber dijalankan sepanjang tahun. Seterusnya, Pusat sumber sekolah yang terletak di lokasi yang strategik merupakan ciri pusat sumber yang baik. Pusat sumber yang terletak di lokasi yang mudah untuk diakses oleh murid dan guru seperti di tingkat bawah blok akademik ataupun di lokasi bangunan yang dikelilingi oleh blok akademik wajar menjadi pusat sumber yang baik. Di samping itu, pusat sumber yang sering menghebahkan setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan juga merupakan ciri sebuah pusat sumber yang baik. Hebahan-hebahan kepada seluruh warga sekolah melalui pelbagai medium seperti pamflet, poster, sepanduk, laman web dan majalah sekolah sangat berkesan untuk menarik minat mereka mengunjungi pusat sumber sekolah.
Pusat Sumber Sekolah dwujudkan bagi meningkatkan mutu pendidikan di
sekolah,membantu meningkatkan tahap profesinalisme guru-guru supaya lebih
berilmu, dinamik, kreatif dan inovatif dan membentuk golongan murid yang
berilmu, dinamik, kreatif dan berdisiplin serta mengamalkan
pembelajaran sepanjang hayat. Antara objektif Pusat Sumber Sekolah adalah Kecemerlangan
pendidikan. Sebagai contoh, PSS membantu guru dan murid melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, objektif kedua adalah penggunaan
kemudahan pemupukan tabiat belajar. Kaedahnya, dengan menyediakan bahan-bahan
yang sesuai bagi memupuk minat membaca dan belajar sendiri di kalangan pelajar.
Objektif ketiga ialah penghasilan bahan. Buktinya, PSS menyediakan bahan buku
dan bukan buku bagi membantu guru dan murid melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran. Seterusnya, objektif keempat adalah perkhidmatan pembelajaran.
Salah satu inisiatfnya adalah dengan mewujudkan satu iklim atau suasana yang
dapat menggalakkan perubahan sikap di kalangan guru dan murid. Berbagai-bagai kaedah
pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang berpusatkan murid telah diwujudkan.
Objektif terakhir adalah meningkatkan kemahiran maklumat. Sebagai contoh,
dengan memajukan kemahiran penyelidikan, penyiasatan dan mencari maklumat
secara penggalakan pelajar membuat bacaan dan penyiasatan sendiri melalui
sumber yang sahih.
Antara peranan Pusat Sumber Sekolah adalah berkhidmat sebagai pusat
bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran kerana ia
mempunyai khazanah pengetahuan yang luas. Ia adalah pusat pengurusan, memperoleh,
menghasilkan dan menyebarkan sumber maklumat. Selain itu, peranan PSS adalah
bagi Pusat pembelajaran yang melalui pelbagai sumber dan perkhidmatan yang
disediakan. Sebagai contoh, Ia menyediakan bahan pengajaran yang boleh
digunakan secara individu atau berkumpulan. Seterusnya,Pusat pengajaran adalah
tempat untuk guru mengajar dengan berkesan melalui kemudahan yang disediakan.
Ia dapat memberi panduan, memberi dorongan kepada guru atau pelajar untuk mencari,
memilih, menghasilkan dan menggunakan media yang sesuai. Di samping itu,peranan
PSS adalah sebagai Pusat Profesional iaitu melalui latihan di rumah atau
perbincangan kumpulan. Seterusnya, sebagai tempat pemilihan dan penilaian bahan
sebelum digunakan.Hal ini kerana terdapat sumber kemahiran kepakaran, bahan
rujukan dan digunakan dalam melaksanakanaktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Peranan-peranan lain adalah sebagai pintu masuk maklumat dari agensi luar, , penggalak
aktiviti membaca dan kemahiran maklumat, pemgembangan kemahiran pembelajaran
kendiri, penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan, penyedia perkhidmatan
reprografi dan rakamsalin dan mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil
dan mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum.
Sebagai rumusan, Pusat Sumber Sekolah yang berkesan merupakan
sumber utama segala maklumat yang berkaitan dengan pelbagai ilmu pengetahuan
yang banyak peranan serta memiliki objektif yang tepat. Harapan saya agar murid
dan guru sentiasa menjadikan pusat sumber sekolah sebagai mekanisme untuk
meningkatkan pengetahuan mereka. Hal ini kerana usaha tersebut mampu
merealisasikan wawasan negara untuk melahirkan masyarakat yang suka membaca dan
berpengetahuan luas. Dalam era globalisasi ini, fungsi perpustakan menjadi
lebih vital dan bukan sekadar gedung buku malah ruang lingkup mengandungi
pelbagai kemudahan di satu tempat yang dikenali sebagai Pusat Sumber Sekolah.
RUJUKAN
http://blogcikguazaman.blogspot.com/2020/03/karangan-bahagian-spm.html
Panduan
Mengurus Pusat Sumber Sekolah
PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn. Bhd
ISBN 983-3376-52-5
Panduan
Mengurus Pusat Sumber Sekolah
PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn. Bhd
ISBN 983-3376-52-5
Comments
Post a Comment