Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah bukan sahaja tempat, bahkan ia juga adalah perkhidamatan, koleksi dan agen perubahan. Ia merupakan pusat berkumpulnya ber bagai-bagai alat dan bahan media pendidikan yang dikelaskan, dikatalogkan dan disusun atur bagi memudahkan penggunakan. Ia juga adalah tempat untuk warga sekolah berkumpul, berunding, memilih, merencana, menerbit dan menggunakan alat pengajaran demi meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.PSS menyediakan kemudahan, serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran(P&P) yang diurus secara sistematis. Ia juga merupakan sebuah tempat bagi memperoleh, mengumpul dan membina maklumat baru supaya dapat dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pusat sumber sekolah (PSS) juga adalah suatu tempat yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa seluruh kawasan sekolah. Ia adalah agensi penting di sekolah, yang menyediakan pelbagai bahan, khidmat dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Pusat ...
Pusat Sumber Sekolah (PSS)
Apakah itu Pusat Sumber Sekolah? Apakah ciri-cirinya? Kenapa PSS diperlukan, apa sebenarnya objektif peranan nya? Disini saya akan menerangkan secara jelas mengenai Pusat Sumber Sekolah